 Sebuah Memori Gila
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor,kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah world cup.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi fungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber- set.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu. Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT- 1ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi. Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa?Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor lembu dan 386 ekor anak beruang. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri.Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali.
Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan wang simpanan pekerja tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?..
Moral: bercintalah dgn org yang tak mengaku dirinya gila
  hmmmm best kan kalo ade org yg sayg pada kite.... tp
aku nie? x de sape yg nak syg... susah...nak cari sape
yg hendak menyayangi diri nie... kadang kala jeles jak
tgk copel-copel mesra bersama.. aku? hanya bole
melihat ape yg mereka sedang lakukan bersama.. mkn
bersama..jalan bersama..gembira bersama..sedeh
bersama..jln berpinpin tangan..mesra sgt... hmmmm x
tau knp nasib aku jd sebegini...
idup aku kesunyian skng...
aku nak jak mcm org laen...
tp...
hmmmm dah lama aku lalui hidup sorang diri..
x ade insan yg teristimewa dalam hati ini..
yg bole berkonsi ape jua...
kadang kala bosan hidup sorang diri..
dan kenapa semua yg aku sayg telah pergi tingalkan aku
KENAPA?
ada kala insan yg cube untuk aku luahkan perasaan
sayang sudah pun milik org...
mungkin aku x layak untuk sesiapa...
x ada kah sorang insan yg akan datang pada aku...
mungkin satu hari nanti...
tp bila?
soalan tu menjd tanda tanya di dalam kotak pikiran...
setiap hari aku cube menjawab soalan itu...
dah setiap kali itu la tiada jawapan untuk soalan itu..
hmmmm x tau la sampai bila...
aku bahagia tgk mereka yg mesra...
tp disebalik diri ini hanya tuhan yg tahu...
mungkin satu hari nanti..
akan datang seorang insan yg...
boleh mengisi kekosongan di hati ini...
tp itu satu hari nanti...
ape yg bole aku lakukan...
hanya mencari dan bersabar...
  hmmmmm aku ada ruang sendiri...jangan tanya kenapa & mengapa...... dewasa adalah aset aku.......ceria selalu sampai tahap maksimas.......terbang bersama aku..... jangan tuduh aku jahad sebelum kenal......aku tahu ape yang aku buat......tapi korang takkan pernah tahu!!......hidup ini mesti bebas makan,minum,bermain.........atau jangan buat apa-ape!!!......ini adalah kehendak termaksima aku......tapi dihujungnya mesti ada sempadan...... ingat tu !!!.....like i say i could see your faces the light the head i dont no but the enjoy the music i hate the light... i hate the light a make me a star i no batter than any body else.....

| |
|